Monday 27 October 2014

VIRUS EBOLA

Tahukah anda tentang penyakit Virus Ebola?

Virus Ebola merupakan sejenis penyakit maut yang menjangkiti manusia dan juga haiwan mamalia lain seperti monyet , gorilla dan chimpanzee.Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus.


Virus ini dianggap sebagai virus penyakit yang amat berbahaya di dunia.Ia mudah berjangkit dan boleh membawa maut.Sebanyak 50% - 90% kes ebola mengakibatkan kematian , bergantung kepada jenis virus ebola.

Pesakit Ebola akan mengalami demam,sakit kepala,sakit sendi dan sakit tekak yang kemudiannya disusuli dengan cirit-birit dan muntah-muntah.Pada peringkat akhir penyakit Ebola akan mengalami ruam-ruam dan pendarahan dalaman termasuk luaran.Virus Ebola juga mengakibatkan pesakit lemah,kurang air,lesu dan kelru.Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 hingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.

Fakta Yang Anda Perlu Tahu!



Antara langkah pencegahan yang perlu diikuti


 
Setakat ini,masih tiada vaksin disediakan.Beberapa vaksin sedang diuji tetapi tidak boleh didapati untuk kegunaan klinikal.Pesakit memerlukan penjagaan sokongan yang intensif.

Walaubagaimanapun,setakat ini tiada penularan penyakit Ebola dilaporkan di Malaysia.Namun,langkah berjaga-jaga perlu diambil.



No comments:

Post a Comment