Monday 27 October 2014

HAIWAN YANG BOLEH TERBANG SELAIN BURUNG !!!

Katak Terbang
         
         Katak terbang mempunyai kaki berselaput dan penutup kulit yang menyebabkannya untuk bergerak secara aerodinamik melalui pokok-pokok di hutan. Malah katak terbang menghabiskan seluruh hidup mereka di pokok-pokok. Ianya hanya akan turun untuk mengawan dan bertelur. Katak terbang menyamar diri mereka di daun sekitar mereka untuk mengurangkan ancaman pemangsa dan membolehkan mereka untuk memburu serangga.


      
Ikan Terbang

         Ditemui di semua lautan, ikan terbang menggunakan sirip dada besar mereka untuk meluncur 50 meter di atas air ketika terancam oleh pemangsa. Untuk mencapai udara ikan terbang akan mengepakkan ekor mereka 70 kali per saat. Ekor ini juga digunakan untuk menekan air bagi membolehkan ikan ini terbang beberapa saat di udara sebelum turun ke laut. Ikan terbang dapat lebih lama melayang di udara dengan terbang mengikut arus udara dan laut yang kuat.



Cicak Peluncur

         Cicak ini seperti makhluk naga yang lagenda, bezanya ia tidak menyemburkan api. haiwan ini mempunyai panjang hanya 9 cm, dengan ekor lebih panjang dari tubuhnya, Cicak ini menggunakan penutup kulit di bawah lengannya yang membolehkannya untuk melayang dari puncak pokok ke puncak pokok yang lain. Makanannya adalah serangga. Hidupnya selalu di atas pokok. Bila ia sudah menemui pasangan, cicak ini akan turun ke dasar hutan untuk meletakkan telur-telurnya.



Semut Peluncur

           Semut ini sangat bergantung pada kelajuan angin dan udara untuk terbang. Namun mereka juga mampu mengemudi dengan baik dan dapat mengatur ke arah mana mereka akan terbang dan mendarat.



Tupai Gelongsor

          Dianggap pupus sejak tahun 1939, hanya baru-baru ini tupai terbang masih hidup. Ianya tinggal di hutan kering selatan,Australia Timur.Tupai terbang adalah poligami marsupial yang memakan buah-buahan dan kekacnagdan bersembunyi dari musang dan burung hantu.



Sotong Terbang

           Ketika melarikan diri dari pemangsa, sotong melompat terbang dari laut dan boleh tetap terbang di udara hingga beberapa meter. Untuk mencapai udara sotong akan meniup keluar air untuk membawanya keluar dari laut. Kerana itu, sotong ini dianggap haiwan jet yang memiliki kemampuan seperti jet. Sirip kecilnya dapat membantu untuk memberikan keseimbangan selama meluncur terbang.



Ular Terbang

          Tanpa sayap, sirip,atau anggota badan, ular terbang ini mampu ke pokok ke pokok lain dengan melompat dan melayang. Jadi ketika di pokok, ular terbang ini akan bergerakke hujung cabang. Disini, ia mengangkat tubuhnya, menyedut dalam-dalam perut dan tulang rusuk yang menonjol keluar sehingga berbentuk cekung. Lalu ia menghentakkan ekornya, ulat terbang ini meluncur bebas di udara untuk mencapai cabang berikutnya. Ular terbang beracun. Ia tinggal di Asia Selatan dan sering menikmati mangsanya yang benar-benar boleh terbang seperti burung dan kelawar.



Cicak Terbang

           Cicak terbang memiliki jaring-jaring dari membran yang meliputi tuuh mereka yang membolehkan mereka untuk melayang di udara dan melekat pada pokok sewaktu mendarat. Cicak terbang bergantung pada penyamaran untuk melindungi diri dari pemangsa seperti labah-labah besar.









No comments:

Post a Comment