Monday 27 October 2014

KENALI JENIS JAM TANGAN SEBELUM MEMBELINYA












Sekadar nak kongsi tips nak beli jam tangan kat korang sume. Lagi-lagi student macam kita ni memang perlu ada jam untuk bahagikan masa dan supaya tak lewat ke kelas.

Sekarang banyak jam replika dan jam tiruan. Susah nak bezakan kalau jam tiruan tu gred tinggi.


Tapi sebelum nak beli jam korang kena tahu ape kegunaan jam dan kelebihannya yang menarik minat korang.






KRONOGRAF




Sering digunakan untuk mengukur waktu dalam acara perlumbaan.umumnya ia memiliki 3 tombol di bahagian kanan.Tombol paling atas digunakan untuk mengukur detik yang dapat mengukus kecepatan sehingga sati per seratus (1/100).Tombol tengah berfungsi untuk waktu jam dan minit iaitu sama fungsi pada jam tangan biasa manakala tombol paling bawah berfungsi untuk menghentikan detik yang dinyalakan oleh tombol atas dan membalikkan ke posisi asal ke angka 12.







2)AUTOMATIK.


Dikenali juga dengan nama self winding watch iaitu jam tangan mekanik,tidak memerlukan bateri untuk menggerakkan jam.Bila jam dikenakan kepada pemakai,setiap gerakan si pemakai akan menggerakkan komponen dikenali rotor iaitu bentuk seakan piring yang selalu berputar pada sumbuk aksis.Rotor itulah menghasilkan tenaga yang disalurkan sehingga jam itu bekerja selama mana ia dipakai.Apabila jam dibuka,jam tetap hidup sehingga tenaga yang disimpan habis.






3)ANALOG.


Mempunyai 3 jarum penunjuk waktu iaitu jarum panjang untuk jam,jarum pendek untuk minit dan jarum tipis untuk detik saat.








4)DIGITAL.

Waktu dipaparkan dengan angka digital menggunakan sistem Liquid Crystal Display (LCD).






5)ANA-DIG.


Singkatan daripada analog digital.Memiliki penunjuk waktu analog dan digital.





6)KALIS AIR.


Memiliki ketahanan tertentu di dalam air.Bagaimanapun,setiap jam tangan itu memiliki batas ketahanan terhadap air yang berbeza.






7)KUARTZ.


Menggunakan mekanisma kuartz,sejenis kristal kuartz yang berfungsi sebagai sumber tenaga.Keunggulan jam tangan itu adalah dapat menunjuk waktu dengan tepat tapi awas!..jam tangan sebegini harganya adalah sangat mahal.






8)SUKAN.


Dihasilkan untuk keperluan berbeza.Misalnya untuk keperluan menyelam,ia direka khas untuk penyelam mengikut ketahanan dalaman air laut,untuk juruterbang pula ia memiliki penunjuk waktu untuk banyak negara.





Jadi.pandai2 le korang semua pilih jam ikut kemampuan dan keperluan korang ye..jangan asyk nk tunjuk lawa tapi tak de keperluan pun sebenarnya jam tu pada korang..

No comments:

Post a Comment