Monday 27 October 2014

GAYA TIDUR

Tahukah anda bahawa gaya tidur anda mencerminkan keperibadian anda?
Jom kita tgok gaya-gaya tidur yang di bawah. Anda yang mana?
Tidur terlentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala
Anda adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala anda sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh orang lain. Keluarga adalah agenda utama tetapi mengalami kesukaran untuk bercinta mungkin disebabkan agak memilih.

Selubung seluruh badan dengan selimut
Sering nampak macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya adalah individu itu ialah seorang yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain.

Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala
Individu gaya tidur ini ialah seorang yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini.

Tidur terlentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa
Cara tidur sebegini menunjukkan identiti dirinya yang sebenar. Seorang yang cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu juga, ia tergolong dalam kategori pemboros namun benasib baik kerana pendapatan yang dimiliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu.

Gaya bayi

Akhir sekali gaya tidur ini majoritinya wanita. Orang ini dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu








No comments:

Post a Comment