Wednesday 17 September 2014

Haiwan manja yang aktif pada waktu malam

Ketika waktu makan



Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Mungkin ada di antara kita yang suka memelihara binatang seperti kucing, burung, ikan, dan lain-lain. Di sini saya kongsikan sedikit pengalaman memelihara binatang kecil yang comel dan manja" Sugar Glider". Sebelum itu saya akan terangkan apa itu sugar glider.

Haiwan kecil molek ini berasal dari belantara Papua, Tasmania Australia, Papua New Guinea. Sugar Glider memiliki jari-jari kaki yang besar pada kaki belakang yang berfungsi untuk membantu berpegangan lebih kuat pada cabang pohon. Dan yang menariknya lagi di antara pergelangan tangan dan kaki Sugar glider ditutupi dengan bulu atau patagium dalam erti kata lain ianya adalah sayap. Ianya bukan untuk terbang seperti burung tetapi hanya untuk melayang dari suatu tempat tinggi ke tempat yang lebih rendah.



Haiwan ini suka tidur di dalam tempurung.


Sugar Glider atau nama komersialnya ialah sejenis tupai pohon dengan ukuran badan yang sebesar tapak tangan kecil ukuran tubuh kira-kira 24-30 cm dengan berat lebih ringan daripada sebuah tempurung kelapa yang kosong. Disebabkan tubuhnya yang kecil dan fleksibel, ia senang untuk di bawa kemana mana hanya dengan sebuah beg galas kecil.
Untuk pengetahuan anda, haiwan ini banyak menghabiskan waktu siang dengan tidur sahaja dan sangat aktif bermain pada waktu malam sehingga waktu pagi.


Beg galas untuk pergi bersiar siar.

Haiwan ini sangat penyayang dan tidur berpelukan dengan pasangannya.





 Di sini saya sertakan gambar haiwan peliharaan saya sendiri yang kini di jaga oleh ibu saya di rumah. Haiwan ini sangatlah manja dan mudah mesra dengan tuannya. Ia mempunyai gigi yang cukup tajam untuk menebuk buah durian yang sememangnya tajam. Tetapi jangan risau sebab haiwan pintar ini cukup kenal dengan tuannya melalui bau dan suara. Selama hampir 2 tahun bersama haiwan kecil ini, hanya 4 kali sahaja di gigit itupun sebab si comel terlalu lapar dan sedang tidur.

Kuku yang tajam dan membengkok membuatkan sugar glider senang untuk bergayut.



Buah buahan adalah makanan utama.








Comel dan manja.

Haiwan manja ini hanya makan makanan buah buahan seperti epal merah, anggur, buah mangga, rambutan, yogurt, dan susu khas mereka. Tetapi saya sendiri penah cuba menukar selera mereka dengan menghulurkan makanan seperti sate ayam,kek coklat sempena hari jadi ibu dan kentang goreng. Ternyata haiwan ini tidak terlalu memilih tetapi disebabkan atas faktor kesihatannya, makanan selain daripada yang disenaraikan tidak patut di beri kerana ianya boleh membuatkannya lemah dan cepat mati.


 Ini adalah contoh makanan tambahan untuk sugar glider supaya lebih sihat dan cergas.


Itu sahaja yang saya dapat kongsikan , tentang harganya dan lain-lain jika sesiapa yang berminat bolehlah jumpa saya sendiri kerana terlalu banyak kerenah haiwan kecil ini daripada kecil sampailah sekarang. Kesimpulannya bagi diri saya, haiwan ini sangatlah mudah untuk dipelihara dan tidak kotor, tidak perlu untuk di mandikan seperti kucing. Penjagaannya sangat mudah dan menyeronokkan.

No comments:

Post a Comment