Disini saya ingin berkongsi kepada anda rakan-rakan satu resipi untuk membuat sate ayam.
Berikut merupakan bahan- bahan yang perlu disediakan.
1. 2kg isi ayam (tanpa tulang di potong kecil)
2. 7 Batang serai (diblendkan hingga halus)
3. ½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
4. 200 gram halia (diblendkan hingga halus)
5. 300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
6. 50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
7. 30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
8. 50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
9. 1 cawan kecil gula pasir
10. 5 sudu teh garam
Berikut merupakan bahan untuk kuah kacang
1. ½ kilo kacang tanah(goreng dan blender kasar)
2. 7 ulas bawang merah
3. 4 ulas bawang putih
4. 2 batang serai
5. 1biji halia sebesar ibu jari
6. 5 tangkai cili kering
7. 2 papan gula melaka
8. 2 sudu asam jawa, diambil airnya.
10. Gula dan garam secukup rasa
Cara untuk membuat Sate Ayam
Ayam yang telah dipotong kecil di perap dengan semua bahan yang telah disediakan selama 12 jam ke atas(ataupun satu hari) didalam peti ais.
Keluarkan sate dan biarkan selama 15 minit sebelum di bakar.
Hidupkan arang sehingga menjadi bara yang tiada api.
Bakar sate dengan penuh perhatian.Kipas digunakan untuk kontrolkan haba
Sapukan minyak sewaktu membakar sate bagi memastikan ianya kekal menarik dan tidak hangus.
Bakar tidak terlalu garing bagi mengekalkan rasa rempah.
No comments:
Post a Comment