Tahukah anda bahawa gaya tidur anda mencerminkan
keperibadian anda?
Jom kita tgok gaya-gaya tidur yang di bawah. Anda yang mana?
Tidur terlentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan
di belakang kepala
Anda adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa
bersemangat untuk belajar. Kadangkala anda sering memberikan idea yang bernas
dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh orang lain. Keluarga adalah
agenda utama tetapi mengalami kesukaran untuk bercinta mungkin disebabkan agak
memilih.
Selubung seluruh badan dengan selimut
Sering nampak macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya
adalah individu itu ialah seorang yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan
rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar
memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang
lain.
Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala
Individu gaya tidur ini ialah seorang yang berani, bersopan
santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang
sempurna 100% di dunia ini.
Tidur terlentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa
Cara tidur sebegini menunjukkan identiti dirinya yang
sebenar. Seorang yang cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu
juga, ia tergolong dalam kategori pemboros namun benasib baik kerana pendapatan
yang dimiliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada
dalam diri kamu.
Gaya bayi
Akhir sekali gaya tidur ini majoritinya wanita. Orang ini
dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu
No comments:
Post a Comment